π PERARAKAN MAULIDUR RASUL 1447H β PENYERTAAN WARGA DAHLIA
26 Oktober 2025 | Masjid Taman Pulai Indah
Pada 26 Oktober 2025 yang lalu, warga Dahlia telah turut serta dalam Perarakan Maulidur Rasul 1447H yang dianjurkan oleh Masjid Taman Pulai Indah. Program yang meriah dan penuh semangat kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW ini telah menghimpunkan sebanyak 20 kumpulan perarakan dari pelbagai kawasan sekitar.
Bagi mewakili komuniti Dahlia, kumpulan perarakan rasmi dinamakan sebagai βHalaqah Dahliaβ, disertai seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak. Persiapan bagi penyertaan ini telah dijalankan secara gotong-royong, mencerminkan semangat kerjasama dan ukhuwah yang kukuh dalam kalangan penduduk.
Walaupun Halaqah Dahlia tidak meraih tempat teratas, namun penyertaan ini menjadi pengalaman berharga dan kenangan indah buat semua warga Dahlia. Ia bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama penduduk, tetapi juga menzahirkan kecintaan komuniti terhadap Rasulullah SAW.
βBersatu dalam kasih, berarak dalam sunnah.β β Warga Dahlia Pulai Mutiara 2









