Persatuan Penduduk Dahlia, Taman Pulai Mutiara 2 dengan sukacitanya menjemput semua warga penduduk Dahlia untuk menyertai program Dahlia Community Plogging, yang akan dianjurkan seperti berikut:
📅 Tarikh: 11 Januari 2025
🗓 Hari: Sabtu
⏰ Masa: 7.30 pagi
📍 Tempat: Taman Permainan Dahlia (Fasa A1D)
Program ini adalah yang julung kali diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara ahli serta memupuk semangat menjaga kebersihan dan kehijauan kawasan kita. Minuman akan disediakan, dan terdapat juga mini pertandingan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti sampingan.
Persatuan juga mengalu-alukan sumbangan daripada ahli dalam bentuk berikut:
🌱 Pokok hiasan
🌿 Peralatan berkebun
🎨 Cat dan berus untuk mengecat semula signage Dahlia
🍲 Potluck makanan
Segala sumbangan adalah amat dihargai untuk menjayakan program ini.
Mari bersama-sama menjadikan program ini satu kenangan yang bermakna untuk komuniti kita. Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan!